Merimbun, Tutong. Ada seorang budak yang tiap kali datang ke sekolah akan menyusahkan cikgunya[tadika masih. Di Tadika Sinar Cahaya Bulan..astee] Hari yang bertuah bagi cigunya anak atu inda datang ke sekolah. Apa kesnya...
Kalinya boring jua cigunya ani.
Cigu Mala: Baik tah ku talipun Hj Kidil uh batanyakan kenapa anaknya inda datang ke Sekulah.
Kring! Kring!
Tiga kali miscol arah telepon umah...ahirnya menjawap Hj Kidil.
Hj Kidil: Helo? Hj Kidil speaking.
Cigu Mala: Helo. asalamualaikum kita?
Hj kidil: Eyh..walaikumsalam. Ani Siapa?
Cigu Mala: Ani Cigu Mala.
Hj Kidil: Oh.....si Mala! Kenapa?
Cigu Mala cakap dalam hati: P#$@# bapanya ani. nada sopan santun panggil nya namaku catu-catu saja.
Cigu Mala: Awu. anak kita bah, kenapa ya inda sekulah hari ani?
Hj Kidil: Eh, bemama baru iya udah. Inda lagi ku mengantar sana.
Cigu Mala dalam hati: F#$@#^$ S%@^. Inda tau malu urg tua ani. Jatuh maruah kaum hawa..
Cigu Mala: Maksud kita? berhenti ya?
Hj Kidil: Awu, nyamu, Mala.
Cigu Mala cakap lagi dalam hati: B@#$!...astee majal.
Cigu Mala: Bah, lagau kan anak Hj Kidil uh..
Hj Kidil dalam hati: W@#$ T^& F#$@!...
Selepas itu..
Cigu Mala: Anak Hj Kidil speaking?
Anak Hj Kidil dalam hati: B@#% kali eh...
Anak Hj Kidil: Iya ne.. Si tam..
Cigu Mala: Tam, beranti taya ko ani.. inda ko sayang kian skulahmu atu.. Gf mu a.k.a madonna 2.5 kaki uh inda ko sayang lagi kah?..
Tam: Me sayang pulang cigu, p apa bulih buat, me ada mama baru dah ngajarkan abc..sal gf ku atu..actually we signed off(mun inda pandai jangan cam staie pakai words ane) dah arh turbo..u see..kami nada hubungan lagi. [astee..belabih sihingus ane]
Cigu Mala: Eh..if me tau you kan putus with madonna atu...inda me kan tekarih bali kek 3lb anniversary kamu uh..
Tam: Time atu, me inda paksa kali uh.. cigu yang over-excited kan makan kek.
Cigu Mala cakap dalam hati: S@#$ anak ane! inda tia mengakun nasib jua ia ngugut aku time atu sal ea nampak warna seluar @#$%% ku..
Tam: Bah..Aku benar-benar beranti sekulah ni..
Cigu Mala: If macam atu keputusan mu, me rela..
Tam: Mala, gitau kan si Madonna, jangan contact aku lagi, sim kad lama udah ku jual.. ani ku beli baru dari Si Pian.
Cigu Mala cakap dalam hati: &*$%^&*$^%$##^*[berabis-abis cigunya menyumpah]. Anak sama indung sama. Inda bebudi bahasa.
Cigu Mala: Ok tuh. Atu saja. Bye.
Tam: Bye, Mala! [astee..majal]
Panas hating cigunya masa atu...
Tam masa menganggur di rumah..kana tipun ulih unknown.
Dari musim durian~ Hingga musim rambutan~ Tak kunjung aku dapatkan~
Tam: Eh..Sapa ne? Hello?
Unknown: Ada Si Pian? Ani Madiah a.k.a Madonna.
Tam cakap dalam hati: Astee..lupaku kan Si Pian kambarnya Si Madonna ani..@$&^$#%#^&*!
~~The End~~
Showing posts with label Shinbei812. Show all posts

Tuesday, June 2, 2009
Cikgu vs Murid
Posted by www.bangsatmembers.blogspot.com at 1:07 PM 0 comments
Labels: Shinbei812
Saturday, May 16, 2009
Kisah seorang Nenek
KL, ada seorang nenek yang berumur kira-kira dalam lingkungan 80 tahun ( lima hari lagi kan hari jadi yang jatuhnya pada hari pertama puasa) kesian...bersama dengan cucungnya bini-bini berumur 23 tahun bersiap-siap kan ke KLCC laa ne.
10 minit kemudian...
Cucu: Ni..mana kita ni? belum kita siap? mari aku mengusaikan tudung uhh..
Nini: Bah liat tah ko dulu ni, nini uh, lawa kah?

Cucu: Wow! lawa jua nini ane. inda ku menyangka lau di rumah, mcm mayat hidup ya..ane lawa tia mcm tyra banks. (nini nya menerima cakap cucungnya seadanya walaupun mulut cucungnya atu laser ..yang penting hujungnya Tyra Banks...)
Cucu: Bah lakas tah ni...20 minit sampai ke KLCC
Cucu: Ni! kita mau ke mana dulu?
Nini: Bah kita ke arah Louis Vuitton dulu.( cucungnya bangang..upanya nini nya makai tah udah kasut 5 inci yang pernah Kimora Lee Simmons pakai)
"Walaupun 5 inci, cucungnya lagi tinggi dari nininya, nini nya masa ni 5'1 inci ertinya kalau tanpa kasut ketinggian nininya 4' 8 inci saja lah. Manakala tinggi cucungnya 5'5 inci atu baru memakai kasut randah"
Selepas dari kedai kasut atu,..nini nya ke kedai handphone membooking N97..katanya ea mau be the first person memakai..Sampat lagi nininya meninggal kan nombor talipaun nya arah lelaki hensem di sana atu..walaupun aku punya cerita aku sendiri inda tahu apa maksud nininya ane.
Kemudian, bis durang ke restaurant. Cucungnya mengidam ambuyat. Nininya makan sushi. Kata nininya arah cucungnya nada KELAS jua eh makan ambuyat ane. Cubatah speegati ka apa ka. Lepas durang habis makan baru tah durang ke Salon.
Cucu: Ni..jgn tah kita buat rambut, agak-agak lah dangan umur kita atu.
Nini: Apa ku kisah apa urang cakap, yang penting kamu lah yang satu2 nya mendapat nini yang paling VOGUE di dunia ane.
Kalinya orang di sana atu bertanya arah nininya fesyen apa ya mau..Nininya dengan confident dan tabahnya(walaupun perkataan tabah inda sesuai dlm ayat ani) memberitahu yang ea mau rambutnya di extension kan dan di curly kan di hujung rambutnya...pasal nininya terpikat arah rambut Eva Longoria yang desperate housewives.
Masa keluar dari salon.. apa terjadi????
Semua orang yang dalam KLCC atu meliat kedia. Ada jua orang yang meminta autograf terutamanya kanak-kanak.
Kanak-Kanak: Mama Rina!
Orang zaman 70an: Oprah Winfrey kah tu?
Orang zaman 80an: Janice Dickinson
Orang zaman 90an: Tyra Banks..wanna be on top!
Memekik-mekik orang yang dalam KLCC uhh menjerit-jerit nama artis dari A- Amelina(penyanyi dangdut) B- Britney Spears sampai Z- Ziana Zain.
Lepas atu, inda tahan dengan asakkan orang ramai. Nininya membuat pengumuman arah counter pertanyaan menggunakan microphone.
Nini: I am looking for my new BFF..one by one will be eliminated.. So the first name im going to call is.....(panjang nama orang di KLCC nininya singkirkan...sampai Heidi Klum pun nininya singkirkan yang inda semana-mana melintas ganya arah KLCC uh. Last sekali..nininya mengumumkan My New BFF.)
Nini: My New BFF is..Fatimah(cucungnya sendiri
Selepas atu, durang keluar dengan amannya. Nininya masa di rumah over tia berjalan ke sana ke mari bercatwalk meliat kan kasutnya yang macam Katy Perry arah anaknya..time atu anaknya baru jua lapas sembahyang, lakap lagur rumahnya yang kayu uh sedikit lagi runtuh tinggal seekor lagi anai-anai kan mengigit runtuh taya bah tu rumahnya, nasib jua inda...
-THE END-
Para pelakon atu prefer cakap Brunei dari cakap Malaysia. Eish100x
Cerita nya lum lagi habis yang banarnya.. Pasal lelaki arah kedai Handphone uhh... Nanti tah ku ceta..hehehe
Posted by www.bangsatmembers.blogspot.com at 1:48 PM 1 comments
Labels: Shinbei812
Wednesday, April 29, 2009
Entah
Di tengah malam yang sepi dengan bertemankan air hujan yang jatuh dari atap rumah hingga mengeluarkan bunyi-bunyi yang kadang-kadang menggamit kerinduan dia untuk mengenang kembali sejarah yang menjangkau 10 tahun. Digenggamannya terdapat sebuah diari yang banyak menyimpan sejuta kenangan suka dan duka.
Setelah sebuah lagu terpasang di sebelah kamarku hatiku seakan-akan dipaksa untuk membuka diari itu. Kemudian aku membuka dipenghujung lembar diari itu.

Ya Allah, hambamu ini perlukan petunjukmu.
Semoga di dalam perjalanan hidupku seterusnya, aku menemui cinta.

Aku tersentak dengan ayat-ayat yang pernah kuluahkan di dalam diari itu. Terasa sakit. Sakitku bertambah tatkala mendengar lagu Entah daripada Afgan yang berkumandang hingga masuk ke dalam kamar. Bukan sakit apa tapi setiap lirik seolah-olah menyindir diriku. Aku tidak terdaya untuk menahan air mata untuk jatuh ke tanah bersama-sama air hujan yang jatuh dari atap rumah.
Tiba-tiba aku dikejuti oleh kelibat seorang wanita. Pandanganku kabur. Aku cepat-cepat menghapus airmataku sehingga terlihat seorang gadis yang menjadi sahabat karibku semenjak dari bangku sekolah rendah.
"Kenapa menangis?" tanya Maria.
"Ah..siapa menangis? cuma terkena habuk saja tadi," jawapku.
Kehadiran Maria sebenarnya untuk mengajakku datang semula ke Universiti yang pernah kami tuntuti 10 tahun lalu. Maria meminta pertolonganku untuk menemaninya. Katanya dia mahu berjumpa dengan Professor Hj Kula. Tanpa banyak persoalan aku sudah mengerti pertolongan Maria mahu pergi ke sana. Maria adalah seorang pengkaji alam yang berumur 33 tahun dan sudah berkahwin. Di antara semua rakan-rakan dialah yang paling berkerjaya. Mukanya sering juga muncul di kaca-kaca Tv dan media cetak termasuk di luar negara. Mungkin kali ini dia memerlukan bantuan Professor .
Keesokkan harinya, tepat jam 8.30 pagi kami berangkat dari rumah. Di dalam perjalanan kami ke sana, aku mengeletar. Hatiku berdentum seperti tidak selalunya. Aku mula berfikir sehingga menyebabkan aku melamun seketika. Aku mula teringat semasa mula-mula aku masuk ke Universiti. Masa itu, aku sungguh seronok dan bertuah kerana terpilih masuk ke Institusi yang paling tinggi dan diidam-idami oleh banyak pelajar. Kemudian, aku tersedar dari lamunan selepas sahaja terdengar bunyi brek kereta. Maria memandang ku dengan pandangan yang amat tajam. Aku melarikan pandanganku kerana takut disoal oleh seorang yang sukar untuk kubohongi. Setiap cerita manis dan pahit kuceritakan kepadanya. Namun saat itu, aku cuba untuk menguatkan hatiku untuk tidak menjadi lemah.
"Selamat Pagi, Prof?" ucap Maria. Aku mengikuti suara Maria dari belakang tetapi agaknya suaraku tidak jelas.
"Selamat Pagi," balas Professor.
Tidak lama kemudian mulalah persoalan yang ingin ditanyakan oleh Maria. Aku diam di sana. Aku sudah biasa dengan sikap tegas dan pendirian Maria. Bagiku, dia sangat petah berkata-kata. Tidak hairan bagiku jika dia sering menjadi wakil sekolah bagi pertandingan pidato dan bahas. Dia pernah merangkul selaku pembahas terbaik selama dua tahun berturut. Dia juga yang menyebabkan sekolah kami menang tiga kali dalam pertandingan bahas antara sekolah-sekolah. Dia hampir dihantar ke luar negara untuk bertanding tetapi masa itu, nenek nya meninggal dunia. Neneknya meninggal dunia akibat penyakit strok.
Ketika Prof dan Maria berbual aku melangkah pergi secara diam-diam meninggalkan mereka. Entah, Kenapakah? yang penting mereka berdua perlu berbual dengan empat mata. Setiap tiga langkah aku menoleh ke belakang dan semakin jauh jaraknya antara aku dan mereka. Aku mengeluh seperti tidak tahu hendak ke mana.
"Milo panas, satu," pintaku. Setidak-tidak nya aku pergi ke kantin untuk mengisi perut yang kosong. Sebelum berangkat ke Universiti tadi aku tidak sempat menjamah sarapan kerana membantu Maria memasukkan dokument-dokument penting entah apa ke dalam beg kerjanya.
Aku memerhatikan keadaan sekeliling Kantin. Dari jauh, aku sudah cam muka orang ini. Tidak ragu lagi, dialah Azuandy. Aku cuba menyembunyikan diri tetapi percubaanku kelihatan cuma sia-sia setelah Azuandy semakin pula mendekati meja makanku.
Minumanku belum juga sampai. Tidak lama kemudian datanglah seorang penghantar minuman ke mejaku.
"Cik, kenapa cik?" tanya penghantar minuman itu. Kata-katanya itu menjadi sebab Azuandy untuk menoleh ke arah mejaku. Jarak antara aku dan Azuandy kira-kira sepuluh kaki. Di dalam hati sempat berkata supaya beredar dari situ. Pertanyaan penghantar minuman itu kuendahkan.
Ketika aku hendak beredar dari situ, Azuandy sudah melihatku. Matanya sempat menunjukkan seribu pertanyaan. Azuandy memanggilku. Aku rasa tidak kuasa melayan dia lagi. Ini disebabkan kisah yang pernah berlaku 10 tahun lalu. Azuandy berlari-lari anak ke arahku dan menarikku setelah kena tangannya ke pergelangan tanganku. Aku berhenti.
Ruang kantin di dalam keadaan tenang. Jelas kelihatan ada perubahan pada kantin itu dengan sepuluh tahun dahulu. Aku dan Azuandy duduk di meja makan yang hujung sekali. Ini menambah lagi ingatanku semasa menjadi mahasiswi. Adakah ini yang merisaukanku semenjak dalam perjalanan ke Universiti?
Sepanjang kami di sana, Azuandy lebih banyak bercakap daripada aku. Aku diam. Dia banyak bertanya mengenai aku, sekali sekala aku menjawap pertanyaannya. Aku rasa kurang senang dengan diriku. Mungkin ada sedikit malu. Takut juga jika kalau Azuandy bertanyakan sesuatu yang tidak mampuku jawap.
"Jadi awak ke sini dengan Maria?" kata Azuandy.
"Ya,"jawapku ringkas yang mungkin juga terselit sedikit kurang ajar. Aneh kehidupan ini. Jodoh dan pertemuan tanpa disedari. Sampai bila-bila aku akan mengingati Azuandy. Azuandy adalah bekas kekasihku yang juga sama menuntut di Universiti ini 10 tahun lalu. Dialah cintaku yang pertama. Sekarang, dia sudah berkahwin. Isterinya adalah sahabat karibku. Maria dan aku sebilik dengannya isterinya. Kejadiannya bermula pada semester pertama lagi. Debunga cinta mula berputik ketika kami sama-sama lewat datang ke kelas. Kami sering dibuli oleh rakan-rakan yang lain. Aku dan dia terpaksa duduk berdekatan di belakang sekali kerana tempat duduk yang lain sudah dipenuhi. Timbulah bibit-bibit cinta antara kami berdua. Kami sering pulang bersama. Aku mencintainya bukan kerana wajahnya yang tampan tetapi sifatnya yang sangat-sangat baik. Aku pernah tercabar dengan sifat baiknya. Beberapa kali aku cuba untuk mengubah sifatnya yang sangat baik terhadap aku dengan menyuruh dia pulang dulu. Setiap hari sabtu, aku akan pulang lewat kerana menjalani aktiviti kerohanian. Jelas sekali, dia menungguku di luar surau walaupun masa tamat tidak menentu. Di situlah aku mula merasa yakin akan kesetiaannya terhadapku.
"Az, aku nak ke bilik Prof lah semula," kataku.
"Baiklah, aku ikut," balasnya walaupun aku tidak mengajaknya. Di dalam perjalanan ke bilik Prof. Kami diam dan mengatur langkah kami dengan berhati-hati. Aku tersenyum didalam hati kerana pernah suatu ketika dulu aku terjatuh dengannya di tangga.
Maria muncul keluar daripada bilik Professor Hj Kula. Aku sedikit terkejut. Maria juga terkejut. Bukan terkejut apa, terkejut melihat Azuandy.
"Azuandy kan?" tanya Maria.
"Ya," balas Azuandy dengan cepat. Maria tersenyum. Aku menyelak rambut yang terurai kemuka dan menyelitkannya ke belakang telinga. Maria cuba berdiri teguh tetapi kelihatan dia sangat keletihan.
Ketika mereka sedang berbual, aku menyampuk.
"Maria, jom kita balik aku rasa tak enak badan.."
"Ok, tapi sebelum itu minta nombor telefon awak?'' tanya Maria kepada Azuandy.
Setelah selesai Maria memasukkan nombor telefon Azuandy kedalam telefon bimbitnya, kami segera pulang. Aku merasa diriku jahat. Sampai hati aku tidak mengucapkan selamat tinggal. Mungkin kerana sakit hati yang masih terpendam di hatiku. Oh tuhan, cubalah Engkau tarik perasaan ini daripada hatiku. Maria masih tersenyum lebar yang hampir-hampir mencecah telinga itu.
Hari ini aku cuti kerja kerana menemani Maria ke Universiti. Sebenarnya, aku sengaja cuti entah kenapa? Balik dari Universiti itu, aku terus ke kamar tidurku. Aku melangkah ke jendela. Daun tingkap kulebarkan. Terhidu olehku udara yang nyaman masuk ke dalam kamar ku. Angin yang bertiup itu membuatkanku khayal seolah-olah berada di pantai. Di kejauhan, kelihatan burung-burung bersiul-siul di atas udara. Sejuk dan damai kurasakan.
Matahari memancar di langit, aku mula melamun. Aku mengenangkan Azuandy. Di lubuk hatiku, masih ada perasaan sayang terhadapnya namun ada sedikit rasa pedih di situ. Aku terkenang akan peristiwa di mana aku dan dia tidak dapat bersatu. Cinta kami terhalang oleh kedua orang tuanya. Azuandy sejak awal lagi sudah dijodohkan oleh orang tuanya namun aku tidak pernah mengetahui sehingga aku terlanjur mencintainya. Aku tidak dapat memutuskan tali cintaku dengannya. Walaubagaimanapun, kami cuba untuk menyembunyikan hubungan itu daripada pengetahuan orang tuanya akan tetapi akhirnya diketahui juga. Azuandy cepat-cepat dinikahi dengan anak sahabat ayahnya iaitu teman sekamarku di asrama dahulu. Ini disebabkan kedudukan kami yang tidak setaraf. Begitu besar ujian yang kuhadapi apabila aku merayu dihadapan ayah dan ibu Azuandy untuk membatalkan pernikahannya. Teruk aku dimaki ketika itu, Aku dikatakan 'perempuan murahan' oleh mereka. Tak pernah terlintas difikiran kata-kata itu akan dilimparkan ke atasku. Aku dihimpit rasa malu yang amat sangat. Akhirnya, aku terpaksa melepaskan hubunganku dengan dirinya walaupun mengalir airmata darah di pipiku sekalipun. Aku rela berkorban keranaku mencintainya. Azuandy merasa aku telah mengkhianatinya. Sakit bagai di terkena pisau kerana terpaksa melihat sahabat karib yang bakal berkahwin dengan bekas kekasihku. Ya Allah, adakah Azuandy masih mencintaiku? Semoga dia cepat melupakan ku kerana aku tidak mahu kerana aku, sahabat karibku terluka. Cukuplah saja sekadar dia mengingatiku. Di dalam hati, aku sangat berterima kasih kepada Maria kerana dia banyak bertanya mengenai Azuandy. Aku masih terpikat dengan wajah Azuandy yang tampan itu. Mukanya semakin nampak matang. Ada sedikit janggut yang baru hendak tumbuh setelah dicukurnya. Ini menambah kesukaran bagiku untuk melupakannya..
Cahaya pagi yang menembusi cermin jendela membuatkan aku terjaga dari tidur. Hari ini aku berangkat kerja awal kerana banyak kertas-kertas kerja tertunggak akibat aku mengambil cuti semalam. Setibanya aku di bilik pejabat banyak folder-folder yang perlu ku periksa dan ku tambah tersusun di atas meja kerja ku. Aku sangat gelisah jika aku tidak sempat menyelesaikannya sebelum tengah hari ini juga. Walaupun bos selalu baik terhadap aku namun aku tidak pernah mengambil kesempatan di atas kebaikannya.
Tiba-tiba pintu bilik kerjaku diketuk lembut. Tanpa arahan dia membuka pintu kemudian duduk di kerusi depan tanpa menutup pintu bilik ruangan kerjaku. Dia adalah bosku. Aku menunggunya untuk membuka mulut.
"Bagaimana cuti?", tanya bosku.
"Biasa je.." jawapku.
"Jom kita pergi lunch, kerja awak ne kemudian lah awak siapkan,"katanya.
Aku dan dia berada di salah sebuah restoran. Setelah memesan hidangan, kami mula berbual-bual. Bosku yang setahun lebih tua dari aku itu kuakui bahawa dia juga tampan seperti Azuandy. Muka mereka hampir mirip.
Sebelum berangkat masuk kerja semula, aku masuk ke sebuah kedai kecil untuk membeli minyak wangi untuk Maria sempena ulang tahunnya yang ke 33 tahun. Agak lama juga aku memilihnya kerana bau-bau perfume itu kesemuanya harum. Akhirnya aku terpikat dengan salah satu perfume yang ada di sana. Dengan pantas, aku mengambilnya. Sesudah berada di tempat pembayaran aku tertinggal dompet di pejabat.
"Nah, cik". Datang suara lelaki yang cukup mengejutiku. Tidak sampai sesaat aku menoleh kepalaku dan terlihat bosku.
"Bos.."
"Apa saya cakap tadi jangan panggil bos, Khai cukup",katanya.
"Janganlah, Khai." aku merayu.
Pekerja kedai itu menyambut duit Khairil Anwar itu dan memberi perfume itu kepadaku. Aku sungguh malu. Aku cuba untuk memulangkan duit kepada Khairil Anwar tetapi di tolaknya. Aku dan Khairil Anwar terpisah setelah waktu kerja telah habis. Semua kerja-kerja yang perluku siap kan, telah pun ku siapkan.
Aku mula merasa ragu dan ingin mengetahui niat sebenar Khairil Anwar. Aku membiarkan diriku mengenangkan kejadian tadi sehingga tiba-tiba aku nyaris melanggar seorang pemuda ketika di dalam perjalanan pulang. Dengan perasaan takut, aku cepat-cepat keluar dari kereta dan menghampiri pemuda yang hampir kuragut nyawanya. Astagafirullah Al-adzim yang sempat ku luah kan dari mulutku.
"Cik, tak pa pa?"
"Tak, saya tak pa pa," katanya.
"Mari saya bawa cik pergi ke hospital."
"Tak payah lah."
"Cik luka ne..."
Apabila pemuda itu memalingkan mukanya kepadaku, aku tidak menyangka pemuda itu adalah Khairil Anwar. Dia pun terkejut memandangku. Kemudian, dia pun mahu untuk pergi ke hospital. Di betisnya banyak darah mula mengalir keluar.
Setelah sampai di hospital, aku memapah Khairil Anwar masuk ke dalam. Keluhan demi keluhan terluah dibibirnya cuba menahan sakit di betisnya. Aku merenung ke betisnya, peluh mula jatuh ke mukaku. Apakah rahsia sebenar di sebalik pertemuan yang menyedihkan ini? Aku memohon doa di dalam hati agar kesakitan yang di alami Khairil Anwar cepat lerai.
Sebelum Khairil Anwar diperiksa oleh doktor, aku sempat mengambil telefon bimbitnya. Dalam waktu sakitnya itu, aku menghubungi keluarganya. Bercampur-baur di fikiran ku dibuatnya. Aku cuba menyusun kata-kata untuk menjawap segala pertanyaan keluarganya. Ya Allah, Sungguh besar ujian yang ku tanggung ini.
Tidak lama kemudian, dari kejauhan Azuandy kelihatan. Dia rupa-rupanya abang kepada Khairil Anwar. Azuandy bersama-sama isterinya dan juga ibu bapanya. Aku rasa sungguh takut. Sedikit pun tidak menyangka bekas kekasihku, juga merupakan abangnya berlaku dalam saat yang sungguh tidak diduga. Suaraku tersekat-sekat menjawap segala pertanyaan mereka. Alhamdulillah, mereka mempercayaiku namun rasa bersalah masih tersimpan di hati yang mudah kecai ini. Semuanya berjalan dengan lancar.
Tanpa sengaja, ketika hendak memulangkan telefon bimbit Khairil Anwar, aku ternampak potret mukaku. Aku tersentak seketika dan memulangkan balik telefon bimbitnya. Khairil Anwar kelihatan tenang walaupun dia masih merasa sakit. Dengan cekal hati, aku meminta izin pulang kepada mereka. Aku tidak menduga tangan ku sudah digenggam erat oleh Khairil Anwar. Wajahnya yang pucat itu terpancar mengatakan cintanya kepadaku. Fikiranku mula bercelaru dengan kehadiran keluarganya yang ada sekeliling. Sahabat karibku yang dapat menangkap nestapa hati ku ada disisiku. Di sebalik kejadian itu, Khairil Anwar berani melamar aku untuk menikah dengannya. Tanpa ku sedari, Khairil Anwar begitu lama sudah menyintaiku dan keluarganya pun sudah tahu. Aku tidak tahu bagaimana ibu bapa Khairil Anwar boleh berubah sedangkan dulu mereka sangat membenciku.
Malam itu, aku melamu lagi di kamarku. Aku memikirkan sekali lagi lamaran Khairil Anwar. Di dalam fikiran ku berputar-putar bertanyakan bahawa adakah aku mencintai Khairil Anwar? Aku menyapu mukaku kononnya meminta petunjuk dari Allah.
Malam itu aku bermimpi Khairil Anwar telah meninggal dunia. Aku segera bangun, menangis sekuat hati dan memanggil-manggil namanya. Tidak pernah ku alami sebegitu rupa sepanjang umurku. Dan disaat itulah aku mula tahu aku sebenarnya sudah lama jatuh cinta kepadanya. Hatiku kini ku rasakan sudah bersuluh semula. Allah sudah memberi ku pertunjuk. Malam yang sepi itu kuisikan dengan sembahyang tahajud sebagai tanda terima kasihku kepada Allah walaupun tanda itu tidak sebesar mana.
Esokkanya, aku datang melawat Khairil Anwar. Mata yang sedikit berair ini ku tunjukkan kepadanya. Dia memandangku menunjukkan kerinduannya . Mataku juga menunjukkan rinduku padanya. Di saat itulah, debunga cinta mula mekar, kumbang menghisap madunya. Tanpa ada pertunangan, aku dan Khairil Anwar bersanding dengan restu kedua orang tuanya walaupun tanpa ibu bapaku yang telah lama meninggalkan aku. Hubunganku dengan Azuandy tiada apa-apa lagi. Dia bahagia bersama sahabat karibku. Tidak perlu lagi ku fikirkan dan tidak perlu lagi kusangkalkan. Diari sepuluh tahun itu ku buang jauh-jauh ke dalam laut. Kubiarkan ia dibawa oleh arus air Laut Cina Selatan. Yang penting, aku sudah menemui jodoh terbaikku.
Matahati cerah di langit. Burung-burung bersiul-siul seperti manusia bertepuk tangan seolah-olah turut gembira akan pernikahan aku dan Khairil Anwar. Dengan sekali lafaz nikah saja aku, Laura sah menjadi isteri kepada Khairil Anwar.

Tamat
Posted by www.bangsatmembers.blogspot.com at 5:06 PM 1 comments
Labels: Shinbei812
Subscribe to:
Posts (Atom)

.
/07